Thursday, November 19, 2009

Aku 'Kan Bertahan

Asalnya aku takut,
Aku terkilan;
Asik fikir aku tak dapat hidup tanpamu di sisiku;
Tapi banyaklah malam aku fikir,
Betapa kau sangat jahat,
Aku jadi kuat,
Aku terus hidup sihat

Kau pulang dari,
angkasa lepas;
Aku balik lihat engkau
Muka monyok konon kesal;
Aku patut tukar mangga,
Kau patut tinggalkan kunci;
Kalaulah ku dapat agak aku 'kan dikacaui

Pergilah, pergi!
K'luar dari sini!
Sila kau pusing!
Kehadiranmu tak disenangi
Bukan ke kau yang nak menyakiti aku
Apa, kau pikir ku jatuh?
Kau pikir hatiku musnah begitu?
Oh, langsung tak!
Aku 'kan tahan;
Selagi ku tahu cinta,
Ku pasti ku 'kan bertahan;
Panjang lagi hidup aku,
Banyak lagi cinta aku,
Dan aku 'kan tahan,
Aku 'kan tahan;
Yeah-eah!

Banting tulang empat kerat,
Supaya ku tabah;
Dengan gigihnya ku baiki
Hati yang patah;
Entahlah berapa malam
Aku merungut seorang;
Dulu kememeh!
Kini ku yakin je lebih;
Kau lihatku,
Orang baru,
Aku takkan terpikat dengan
Janji manismu;
Dan kau singgah seketika,
Mengharap ku layanimu,
Cintaku hanya untuk si dia,
yang menyintai aku

2 comments:

njahmat said...

I will survive, Gloria Gaynor. Man, Kimbu, you really takde kerja, kan? Hahahahah.

Miss Khalid said...

This is the present? hahaha thank you. After exams InsyaAllah, if i have the time i will sing it. HAHAH