A: Hello, boleh saya bercakap dengan Sahat bin Pungut.
B: Ohh, enggak bisa. Sahat udah keluar. Siapa di sana?
A: Hmm...Sahat tiada di sana, ya? Agak-agaknya bila dia akan pulang?
B: Saya rasa mungkin lewat malam. Dia di kedai, jaga meja. Siapa ni?
A: Saya DSP Yazid daripada Balai Polis Sungai Udang. Kami di sini perlu menyoal siasat Sahat. Dia boleh bantu penyelidikan kami dalam satu kes.
B: Polis? Kenapa dengan Sahat? Ada apa dengan Sahat? Apa dia buat? Apa yang Dato' mahu tanya Sahat? Saya boleh bantu juga!
A: Oh, tidak mengapa. Ini hal Sahat, bukan hal Encik.
B: Ini juga hal saya! Sahat itu anak saya!
A: Oh! Jadi Encik ni adalah....Encik Pungut?
B: Ya! Benar! Sahat itu anak saya, Dato'! Anak saya! Patutlah saya risaukan dia. Apa dia buat, Dato'?
A: Kalau begini, Encik Pungut mungkin boleh bantu kami. Tapi saya rasa saya tetap harus jumpa Sahat.
B: Apa dia, Encik? Apa-apa saja!
A: Saya ingin tanya Sahat, benar atau tidak dia anak Pungut.
B: YA! BENAR DATO'! DIA ANAK SAYA! DARI DIA KECIL SAYA BESARKAN DIA, DATO'!
A: Encik Pungut, bawak bertenang. Balik-balik, pihak kami harus juga dapatkan kepastian daripada Sahat. Kami perlukan sijil lahir atau surat sumpah; kami perlu bukti, bukan sekadar kata-kata saja.
B: Kenapa pula? Sahat memang anak saya, Dato'.
A: Saya hanya mahu cakap dengan Sahat. Hal ini antara pihak kami dengan dia. Kedai makan yang Encik cakap tu...ada nombor telefon tak?
B: Tak. Baru dipotong bulan lepas.
A: Tak mengapa. Saya akan telefon Sahat besok saja. Pesankan dia nantikan panggilan saya.
B: Baik, Dato'. Umm, Dato', adakah Sahat akan..?
A: Oh, tidak! Tiada apa-apa begitu. Seperti saya cakap tadi. Kami hanya mahu tahu dia anak Pungut atau tidak. Dia tak buat salah apa-apa.
B: DATO'! DATO' JANGAN NAK MAIN-MAIN DENGAN SAYA. JANGAN SAMPAI SAYA TELEFON POLIS NANTI!
A: Encik Pungut. Awak nak telefon polis? Awak nak buat apa pun? Datang je la Balai Polis Sungai Udang ni. Saya boss di sini pun.
B: Dato' jangan main-main dengan saya. Apa Dato' nak dengan anak saya? Apa Sahat buat?
A: Ahh, sudahlah kau.

1 comment:
aku igt lg sial prank ni..babi mentang2 guna private num..hahaha
Post a Comment